Mandian Penyeri Aura Aromaterapi

Saturday 5 January 2030



KELEBIHAN Set MANDIAN AURA AROMATERAPI Haniff As-Syifa'

  • Mandian ini turut dikuatkan dengan doa-doa pembangkit gelombang tubuh untuk penyembuhan, kecantikan aura (nur) diri agar pulih semangat diri,kerezkian, 7 gelombang hizib terpilih yang kekuatan perlindungan diri selepas rawatan, pencegahan dari terkena pelbagai perkara negatif dan jahat, penghancuran unsur negatif yang menyerang, kebesaran dan kemuliaan diri dengan izin Allah. Membangkit rasa ketenangan selepas rawatan. InsyaAllah semoga bermanfaat.
  • Fungsinya juga Menghilangkan Stress,  Mengaktifkan aliran tenaga badan anda, Membantu proses penyembuhan badan. Amat digalakkan bagi sesiapa yang ada penyakit mahupun mengalami lemah badan,silakan buat mandian aura ini.
  • Mempertahankan keremajaan kulit, ia malah mencantikkan kulit pula dengan kadar serapan mineralnya yang tinggi memberi keseimbangan Ph dan zat zat pada kulit anda.
  • Merawat masalah kulit.
  • Meningkatkan oksigen dalam badan,sekaligus mempunyai fungsi membuang toksin merbahaya dalam badan anda. Bukan sahaja toksin malah pelbagai tenaga (energy/ion/sel) jahat yang bersarang di dalam badan anda. Itulah yang menyebabkan hidup anda selalu tidak sihat.

  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh melawan virus,sel merbahaya dan penyakit. Bagus untuk mereka yang ingin cepatkan kesembuhan badan.
  • Meningkatkan sistem metabolisma badan. Melancarkan perjalanan darah (amal rendaman kaki),membantu mempercepatkan pengeluaran toksin dan cas bahaya badan. Selepas pengeluaran toksin, badan akan terasa segar setiap kali mandian.
  • Menyah keluar unsur-unsur negatif dari tubuh, menghindar dari kejahatan makhluk halus ,sihir, Meluntur santau dan pelbagai masalah fizikal dan spiritual.
  • Di barat ia dipanggil Sole Bath,berbeza dengan mandian biasa yang mengeringkan kulit,mandian aura Haniff sebenarnya mengekalkan kelembapan (natural moisturizer),(mengikat molekul air secara halus/mikro) selepas mandi di atas lapisan kulit. Mandian ini akan menggalakkan kuasa pemulihan dan penyembuhan semulajadi badan. Cubalah hari ini!
  • Meningkatkan kualiti tidur (terbukti walau mandian kali pertama!).


    Firman Allah dalam AL-Quran
    “Ceritakan riwayat hamba Kami Ayub ketika berseru kepada Tuhannya: “Aku ditimpa kepayahan dan penyakit yang disebabkan syaitan.” Maka Allah berfirman kepadanya:” Hentakkanlah kakimu dibumi, niscaya timbul air yang sejuk untuk mandi dan minum.”
    Surah Shad ayat 41-42  

    Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.  -
     (Surah Yunus [10]:57) 


    Dalam Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni :m/s 93
    Imam Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi menuliskan ayat-ayat syifa' pada kertas dan dibasuhnya dengan air lalu diberi minum kepada anaknya, maka sembuhlah penyakit anaknya dengan serta merta dari sakit tenat. 



    Kaedah Mandian Berhajat & Penyeri Aura diri..

    - Masukkan 1 sudu makan Garam Kristal Haniff ke dalam 1 Baldi air atau Tab Mandi.
    -Titiskan wangian aromaterapi sebanyak 7 titik.
    -Baca 1 kali AL-FATIHAH pada air
    -Sambung bacaan dengan 7 kali AYAT KURSI pada air
    - Bismillah (dalam hati) dan niatkan hajat diri pada Allah.  Boleh saja apa apa hajat, minta pada Allah: 
    "Ya Allah jadikanlah ikhtiarku ini sebagai asbab kecantikan aura diriku, penyembuhan rohani dan jasmaniku. Amin."
    - Gunakan sebagai bilasan terakhir ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dilap dengen tuala. Seeloknya selepas mandian , minum air penawar yang telah disediakan.

    Terapi Rendaman Kaki untuk detox kotoran tubuh..

    Bismillah, selawat dan niatkan hajat diri pada Allah.
    Masukkan satu sudu makan Garam Kristal Haniff ke dalam satu bekas, Gunakan air suam dan rendam kaki anda selama 20 -30 minit sehingga air sejuk. Seeloknya selepas mandian ,minum air penawar yang telah disediakan.
    ~Kaedah ini bagus untuk menghilangkan stress, menenangkan minda, melancarkan darah, membuang toksin dalam badan. Bagus untuk pesakit yang mengalami masalah kaki,masalah kebas, masalah kulit juga.

    Harga 1 set..
    RM 37 ( sabah & Sarawak)
  • RM 35 ( semenanjung Msia)

0 comments:

Popular Posts

 
Myonlineshopes © 2013/2014 | Rekabentuk Custom Blogger oleh Prosyifa Resources (Saudara Shamsuri)